JOIN US !
1. Kos sepanjang latihan berjumlah RM3500, tempoh latihan akan di tentukan
sendiri oleh peserta kursus ini , tidak kira berapa lama pun, yang penting peserta boleh terbang dengan sendiri sebanyak 3 kali.
2. Sepanjang tempoh latihan, segala apa-apa yang terjadi di bawah
tanggungjawab pihak peserta sendiri dan pihak Penerbangan Paramotor Sungai Petani tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kemalangan atau kecederaan sepanjang latihan ini berlangsung.
3. Bayaran deposit sebanyak RM500 adalah deposit untuk kipas paramotor,
sekiranya sepanjang latihan ini di jalankan, tidak berlaku sebarang kerosakan atau masalah lain di sebabkan oleh peserta sendiri pihak kami akan memulangkan duit deposit tersebut,dan sekiranya berlaku apa-apa kerosakan ,duit deposit tersebut tidak akan di pulangkan kerana ia adalah sebagai ganti rugi untuk peralatan yang rosak disebabkan oleh peserta individu itu sendiri.
4. Sepanjang kursus ini di jalankan, segala kelengkapan akan di sediakan oleh
Pihak Penerbangan Paramotor.Peserta hanya hadir untuk mengikuti latihan penerbangan Paramotor.Jadual seperti berikut :
Hari pertama : Teori dan amali ( teknik kawalan Parachut )
Hari kedua : Teori dan amali ( teknik kawalan Parachut )
Hari ketiga : Teori dan amali ( teknik kawalan Parachut )
Hari keempat : Latihan menggunakan enjin Paramotor.
Hari kelima : Latihan menggunakan enjin Paramotor.
Hari keenam : Latihan menggunakan enjin Paramotor ( Terbang )
Hari ketujuh : Latihan Penerbangan Paramotor.( mendarat & berlepas )
No comments:
Post a Comment